Mencuba produk baru bukan perkara luar biasa. Dah nama nya perempuan,kecantikan perlulah dijaga. So, diet masih berjalan dan selamanya..cewahhh!! (kalau mampu bertahanlah)....Sekarang ini mula penjagaan muka pula, muka saya ini memang banyak masalahnya. Kulit sangat sensitif dan bertahan pada sesuatu produk dalam jangka masa yang pendek sahaja.
So, sekarang ini saya ada mencuba satu produk baru nama produk tak payah tahulah dulu. Tempoh pemakaian dalam masa 2 minggu kulit akan cuba menyesuaikan dengan produk tersebut tanpa apa-apa bedak pun. Tapi saya sudah langgar pantang larang selama 4 hari atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. So, kite tunggulah beberapa minggu untuk tengok hasil dari produk tersebut. Harap-harap menjadilah, InsyaAllah ^_^....

No comments:
Post a Comment