Nampak tak jadual di atas, inilah kerja harian saya. Selepas makan saya kira jumlah kalori yang sudah saya ambil. Mula-mula agak susah jugak lah nak jaga pemakanan ni,kena kira jumlah kalori yang perlu diambil sehari, berapa kalori yang perlu dibakar untuk satu hari dan apa makanan yang patut dan tak patut dimakan.
Pada awal berdiet saya memang tak berapa pandai sangat untuk mengira kalori-kalori ni tapi disebabkan untuk menjaga badan sendiri, saya berusaha juga memahaminya juga. Sebenarnya tak susah rupanya, bila saya dah mula memahaminya agak senanglah untuk mengira kalori saya. tapi saya ada senarai makanan berserta jumlah kalori nya. Untuk ingat semua kalori setiap makanan agak susah lah tapi saya cuba ingat beberapa makanan yang agak tinggi kalorinya sebagai contoh nasi goreng.
Ok, saya sebenarnya tak gemuk dan juga berat saya ideal (tinggi=168cm dan berat=64kg) BMI saya adalah 22 tapi maklumlah kalau kita tak jaga makanan dan juga tidak bersenam ada saja bahagian ditubuh badan menbonjol-bonjol. Sebab semua otot dh mula jadi lemak, kaum pompuan mesti paham dimana tempatnya. So, saya tekad pada diri untuk mula menjaga pemakanan saya semula (sekarang berat saya sudah berkurang menjadi 59kg, berat target adalah 56kg).
Bermulalah misi diet saya, saya jenis diet makan, bukan yang diet tak makan tu. Cuma saya ambil pengambilan makanan agak sedikit dari selalu. Saya juga ada hari "Cheating Day", saya boleh makan apa sahaja yang saya hendak makan tapi masih beringat juga lah. Semua diet nie saya belajar dari SusuSejat.
Banyak informasi yang saya dapat dari SusuSejat tu, kalau sesiapa nak memahami cara bersenam, cara pemakanan dan macam-macam lagi, bolehlah layari laman web tu. Banyak info yang dia berikan, berdasarkan pengalaman SusuSejat itu sendiri.
Nak berdiet ni bukan senang, semua makanan cuba kita kurangkan dan juga otak kita kene diajar berdisplin barulah perut ni kurang berkeroncong. Saya dipejabat rajin makan biskut kosong je, sebab untuk mengelakkan perut menjadi lapar sangat kerana saya cuba menjaga kadar metabolisma saya dari jatuh. Ini semua saya dapat info dari SusuSejat itu juga.
Setiap malam atau selang semalam, saya akan cuba curi masa untuk bersenam. Hendak mula bersenam memang sangat liat dan malas. Apabila sudah mula bersenam, aktiviti harian untuk bersenam semakin lancar.
Buat masa sekarang ini saya masih bersenam setiap petang selepas pulang dari kerja. Dan selepas bersenam barulah saya makan malam, tapi jumlah kalori masih terkawal. Kalau tidak otot-otot yang saya bersenam tadi tak bertenaga untuk berkerja.
Jumlah Kalori yang saya perlukan dalam sehari adalah 2098kcal, disebabkan saya tengah diet (jaga pemakanan) so saya kena tolak dengan 500kcal...so, sehari saya boleh makan 1593kcal sahaja.
Jumlah Kalori yang saya perlukan dalam sehari adalah 2098kcal, disebabkan saya tengah diet (jaga pemakanan) so saya kena tolak dengan 500kcal...so, sehari saya boleh makan 1593kcal sahaja.


No comments:
Post a Comment