Monday, December 5, 2011

Cerita Along

     Ada seekor kucing nie nama dia Along lahir pada tahun 2000 (masa itu aku tingkatan 3), tarikh dilahirkan tidak berapa pasti sebab masa itu bela kucing agak banyak so tak ingatlah. Along adalah kucing yang sangat istimewa kerana apa sahaja arahan dia akan turuti. Sangat penyang dan memahami tuan dia.

 Semasa ibu bapa ku pergi menunai haji, aku tinggal sorang dan ditemani Along selama sebulan. Aku tak pernah berpisah dengan Along. Setiap hari aku pulang dari sekolah dia akan tunggu aku ^_^.
Apabila ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma (selama 3 tahun) , aku masih duduk bersama family dan Along. Peneman setia aku (Along) kemana sahaja aku berada dirumah, walaupun di dapur, di ruang tamu dan di mana-mana sahaja, dimana aku disitulah dia.


ketika ini umurnya sudah 11 tahun
 Selapas tamatnya pengajian diplomaku, aku melanjutkan lagi keperingkat ijazah. Diwaktu inilah aku mula berpisah bersama Along. Disebabkan aku home sick selalu, selalulah aku akan balik kampung dikatakan tiap-tiap minggu. Setibanya aku dihadapan rumah, aku akan disambut oleh kucing kesayangan aku Along. Ketika aku berada di kampung aku suka menikmati udara diluar rumah, kalaulah tengah musim rambutan aku suka panjat pokok dan makan kat atas pokok sekali, paling lucu kalau Along pun ikut naik atas pokok jugak,ehehehe....
Setelah tamatnya pengajian ijazah ku selama 3 tahun. Aku mulalah mencari keje tapi maklumlah sekarang susah sikit nk dapat keje yang dikehendaki. So, aku lama jugak duduk kat kampung dan habiskan masa bersama mak, abah n Along (best sangat).
gemar tidur atas katil ku
Hari berganti hari akhirnya aku dapat kerja. Tempat kerja agak jauh sedikit dari rumah ku. Aku pun tinggalkan Along bersama mak abah. Tapi tetiba Along jatuh sakit yang teruk, macam nak mati. So, aku buat keputusan untuk bawa dia duduk bersama aku sempai dia pulih kembali. Dalam beberapa bulan baru Along pulih kembali, dan aku hantar semula ke kampung. Bukan tak nak jaga Along, tetapi keadaan yang tak mengizinkan untuk aku membelanya.
Aku berpindah lagi tempat kerja, kali ini agak jauh dari Along tapi sejauh mane aku pun, aku akan tetap rajin pulang ke kampung untuk bersama mak abah dan Along.
Tetapi pada tahun ini (2011), Along mengalami macam-macam penyakit mungkin disebabkan faktor umur
( 11 tahun usia Along = 60 tahun usia manusia). Jangkitan pertama yang dialaminya ulser dibibir/mulutnya, mula-mula agak boleh kawal, lama-lama ulser nya semakin teruk dan mendapat jangkitan yang agak teruk. Along menjadi agak memilih makanan, so mak dan abah sediakan ikan kembung fresh untuk Along setiap hari. Disebabkan aku berkerja jauh, mak dan abah banyak berkorban menjaga kucing ku (terima kasih mak abah).Ulser Along tak pernah surut, tetiba ada satu bengkak di pipi Along pulak. Abah yang tolong keluar cecair dipipi Along, sebab mak tak sampai hati nak buat. Aku akan balik ke kampung dikatakan 2 minggu sekali, untuk melihat kucing ku yang semakin uzur.
Setelah cecair dari pipi Along dikeluarkan, mata Along pun terkena jangkitan itu. Aku semakin risau, apa yang akan berlaku pada kucing ku ini. 
Pada 18 November 2011, aku pulang ke kampung untuk melihat keadaan Along bagaima tetapi keadaan sangat teruk dan menyedihkan. Setiap masa aku akan lap pipi dan bagi ubat untuk mata nya supaya insyaAllah boleh sembuh. Aku hanya ada 2 hari untuk bersama Along. 
Pada 20 November 2011 aku pulang semula ke tempat kerja. Setiap masa apa yang berlaku pada Along, mak akan call bagi tahu jika keadaan Along bagaimana.
Tiba-tiba pada 21 November 2011, keadaannya semakin teruk dan tak dapat berjalan disebabkan mata sebelah sudah rosak dan Along tak dapat untuk mengimbang badannya. Makan dan minum nya akan disuap oleh mak. Sebab Along pun mahluk Allah jugakan, perlulah dijaga dengan rapi. Ketika itu, mak call dan bagi tahu Along macam dah tak ada harapan. Aku pun sedih tapi tak dapat nak buat apa-apa sebab jauh. Dan mak pun berpesan, "Adik, mungkin Along tunggu Adik?" (aku dibahasakan adik sebab aku anak bongsu) aku jadilah lagi sedih.
 Dan pada 3 November 2011, aku pun balik kampung untuk melihat keadaan Along. Memang keadaan sangat sedih. Ketika itu aku panggil namanya "Along" die masih menjawab walau die dh dalam kesakitan. Disebabkan Along tak berupaya untuk bangun, die kencing dan Tuttt....sambil baring dan keadaan badan nya agak kotor. Aku pun angkat Along untuk dibawa ke bilik air, dan alas kepala Along dengan kain yang dilipat supaya menjadi bantal untuk kepala nya. Aku mandikan dia dalam keadaan baring dan aku lap badannya.
Setelah kering, aku berikan die makan, ikan kembung dan air. Ketika itu Along sangat lemah dan dia tak terdaya hendak makan tapi aku bagi juga die minum supaya ada tenaga sedikit. Malam semakin menjelma, aku takut Along sejuk dan aku tutup badannya dengan kain. Mak pun berkata " Adik, Along dah nak pergi kot.."...Aku pun berkata "tak pelah mak, adik redha dia pergi dari tersiksa".
Keesokkan paginya (4 November 2011), aku bangun dari tidur terus pergi melihat Along. Along masih bernyawa. Aku pun pergi menyediakan makanan dan air. Aku suap makanan tapi dia dah tak nak makan. Beberapa minit selepas itu, Along muntah-muntah dan tenaganya semakin lemah tapi aku usap juga badan nya dan aku cium. Aku bisik ditelinganya, "Akak relakan Along pergi " (aku bahasa diri aku sebagai akak) dan beberapa saat selepas itu Along menarik nafasnya yang terakhir dihadapan ku. Along lahir ditangan ku dan mati di tangan ku juga. Memang dia tunggu aku pulang, untuk dia pergi selamanya.
Luv u Along...
Ash dan Along
Belakang Along itu adalah Ash...dia lah pengganti Along, sangat nakal, bijak dan juga dengar arahan.

Inilah Ash (1 tahun 5 bulan) tapi berat dah menjangkau 7-8 kg (berat nak angkat dia)



 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...