Friday, December 23, 2011

Ketika....



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

Monday, December 19, 2011

Nama-nama yang sering diganggu Jin...

gambar dari gila kentang
 Takut bila baca tajuk nie, pastu senarai nama yang jin suka memang sedap-sedap nama nya, macam tak percaya je contoh seperti ini
1. Balqis
2. Najwa - Maksudnya Bisikan
3. Zakuan
4. Qistina/Kistina - Nama penghulu JIN

Rase-rase kalau korang nak dengar sendiri boleh view dekat link bawah nie,

Sunday, December 18, 2011

::..HEBATKAH KITA???..::

SeHEBAT manapun kamu,,
NAMUN ke SEJADAH jualah SUJUDnya DAHIMU..

SEMAHAL manapun PAKAIANmu,
NAMUN seCARIK KAIN & seCEBIS KAPAS jualah yang akan MEMBALUTMU..

SEINDAH & SECERAH manapun RUMAHmu,
NAMUN di TEMPAT yang GELAP GELITA jualah yang akan menjadi KEDIAMANMU,

SERAMAI manapun KAWANmu & SEBANYAK manapun DUITmu,
NAMUN kamu tetap akan berSEORANGAN AKHIRNYA..

SECANTIK manapun RUPAmu,
NAMUN TULANG PUTIH jualah yang akan TINGGAL AKHIRNYA..

DI SANA...
HANYA AMAL IBADATmu Sahajalah yang akan MENEMANIMU..

Suka blog nie ^_^

Kelaka tengok gelagat kucing-kucing yang comel nie.

Nak tengok lagi banyak gambar comel bolehlah skodeng kat link bawah nie

Save Date

sekejap lagi jadi milik orang kawan baikku
17 Disember 2011, Bukit Belacan. Sesi mengambil gambar kawan baikku. Perancangan tak dibuat main terjah sahaja tapi menjadi jugak sesi bergambar tersebut. Walaupun hujan kami tetap teruskan juga sisi bergambar tersebut. Kelakar ambik gambar dorang berdua tu, sebab mereka berdua jarang ambil gambar bersama secara formal.






ikin, intan and me


18 Disember 2011, Sungai Congkak. Tak ada gambar diambil sebab semua terjun ke dalam sungai. Ini juga tiada perancangan, tiba-tiba sahaja kami hendak pergi berkelah tapi seronok. Makanan ditaja oleh Intan ^_^. Perjalan balik pula kami singgah kedai tepi jalan untuk makan durian, sedapppp....

Seronok

Percutian ke sabah sangat best sebab dapat berjumpe family yang sangat happening. Happy sangat tengok mak cik momoy, pastu romantik pulak tu...ibu momoy pun best, love that family ^_^..

Wednesday, December 14, 2011

twitter


AHAHAHAHAHA.......punya lah berzaman orang menggunakan twit-twit nie ~ malu rase ketinggalan ngeeee....
Saya ada akaun tapi jarang dan kadang boleh dikatakan tak buka pun twit tu....sebenarnya tak lah berapa pandai nak bertwit-twit nie, ehehehe...sebab tu kurangnya saya membukanya....pada tarikh hari ini saya mula buka semula akaun twit ku,disebabkan rakan-rakanku lain rajin menggunakan twit dari FB....

Tuesday, December 13, 2011

muka oh muka

Mencuba produk baru bukan perkara luar biasa. Dah nama nya perempuan,kecantikan perlulah dijaga. So, diet masih berjalan dan selamanya..cewahhh!! (kalau mampu bertahanlah)....Sekarang ini mula penjagaan muka pula, muka saya ini memang banyak masalahnya. Kulit sangat sensitif dan bertahan pada sesuatu produk dalam jangka masa yang pendek sahaja. 

So, sekarang ini saya ada mencuba satu produk baru nama produk tak payah tahulah dulu. Tempoh pemakaian dalam masa 2 minggu kulit akan cuba menyesuaikan dengan produk tersebut tanpa apa-apa bedak pun. Tapi saya sudah langgar pantang larang selama 4 hari atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. So, kite tunggulah beberapa minggu untuk tengok hasil dari produk tersebut. Harap-harap menjadilah, InsyaAllah ^_^....

Sabah Vs Diet

Pulau Manukan - best
Wit my best friend
 Bercuti ke Sabah sempena pertunangan rakan karib ku (BFF). Seronok dapat pergi ke sana, air laut yang biru sangat nyaman.

Tuesday, December 6, 2011

Sosej!!! Kenapa dengan sosej???

gambar dr selangor2u
 Hari ini terbaca pulak pasal cite sosej ni. Rupa-rupanya tak berapa elok makan sosej nie, bahaya pulak tu. Sebenarnya mencari jumlah kalori dalam sebatang sosej, terus terus terjumpa maklumat mengenai bahaya nya makan sosej nie, boleh sampai kene kanser usus...bahaya bahaya...Kalau nak mengetahui lebih lanjut boleh lah baca ini (Bahaya Sosej).

Monday, December 5, 2011

Diet

Nampak tak jadual di atas, inilah kerja harian saya. Selepas makan saya kira jumlah kalori yang sudah saya ambil. Mula-mula agak susah jugak lah nak jaga pemakanan ni,kena kira jumlah kalori yang perlu diambil sehari, berapa kalori yang perlu dibakar untuk satu hari dan apa makanan yang patut dan tak patut dimakan.

Pada awal berdiet saya memang tak berapa pandai sangat untuk mengira kalori-kalori ni tapi disebabkan untuk menjaga badan sendiri, saya berusaha juga memahaminya juga. Sebenarnya tak susah rupanya, bila saya dah mula memahaminya agak senanglah untuk mengira kalori saya. tapi saya ada senarai makanan berserta jumlah kalori nya. Untuk ingat semua kalori setiap makanan agak susah lah tapi saya cuba ingat beberapa makanan yang agak tinggi kalorinya sebagai contoh nasi goreng.


Cerita Along

     Ada seekor kucing nie nama dia Along lahir pada tahun 2000 (masa itu aku tingkatan 3), tarikh dilahirkan tidak berapa pasti sebab masa itu bela kucing agak banyak so tak ingatlah. Along adalah kucing yang sangat istimewa kerana apa sahaja arahan dia akan turuti. Sangat penyang dan memahami tuan dia.

 Semasa ibu bapa ku pergi menunai haji, aku tinggal sorang dan ditemani Along selama sebulan. Aku tak pernah berpisah dengan Along. Setiap hari aku pulang dari sekolah dia akan tunggu aku ^_^.
Apabila ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma (selama 3 tahun) , aku masih duduk bersama family dan Along. Peneman setia aku (Along) kemana sahaja aku berada dirumah, walaupun di dapur, di ruang tamu dan di mana-mana sahaja, dimana aku disitulah dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...